Sabtu, 01 Maret 2014

Sejarah kehidupan Rasulullah (sebelum dan selepas menjadi Rasul Allah)


Sejarah nabi Muhammad sebelum diangkat menjadi Rasul

Umur 0 - Nabi dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dgn 20 April 571 Masihi, kira-kira 571 tahun selepas kelahiran Nabi Isa as. Keturunan Bani Hashim yg dihormati dari kalangan suku-suku arab. Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib seorang usahawan yg berpengaruh dan ibunya Aminah datang dari keluarga keturunan bangsawan yg baik-baik, yang mempunyai susur galur dengan keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Umur 1 - disusukan oleh Halimatussaddiah. Budaya org kaya Arab hantar bayi kpd ibu susuan diluar kota mekah agar bayi-bayi dpt menghirup udara yg bersih, terhindar dari penyakit kota dan dapat berbicara dgn bahasa yg murni dan fasih.

Umur 3 - diajar menggembala kambing. Budaya org kaya Arab sebagai satu bentuk pendidikan

Umur 5 - dihantar semula kepada ibu kandungnya Aminah binti Wahab

Umur 6 - Aminah wafat, nabi dibela oleh datuknya Abdul Mutalib ketua pemimpin kaabah di kota mekah. Masyarakat arab pada zaman itu adalah masyarakat yg bertamadun, punya struktur pemerintahan sendiri dan pusat pentadbiran yg dikenali sebagai Darunnadwah.

Umur 8 - Datuknya wafat dan nabi dibela oleh bapa saudaranya Abu Talib juga seorang pemimpin di kota mekah berketurunan bangsawan. Bapa saudara nabi yg lain seperti Al-Harith, Qutham, Az-Zubair, Hamzah, Al-Abbas, Abu Lahab, Abdul Kaabah, Hajl, Dhirar, Al-Ghaidak (sebelah bapanya)

Umur 12 - Diajar berniaga ke Syam oleh bapa saudaranya Abu Talib

Umur 15 – Diberikan tanggungjawab mengendalikan bantuan logistik dalam perang yang dikenali sbg Harbul Fijar (Nabi belajar selok belok peperangan)

Umur 17 - Nabi menyertai sebuah pertubuhan ala-NGO yg dikenali sebagai Halful Fudhul yg berperanan membenteras masalah sosial di kota mekah. Pertubuhan ini masih wujud sampai sekarang

Umur 20 - Mengetuai berpuluh kabilah unta berdagang dari mekah ke syam yg jaraknya kira-kira 900km

Umur 25 - Berkahwin dgn Siti Khadijah, seorang janda yang kaya raya

Umur 33 - Nabi dilantik menjadi hakim menyelesaikan masalah perletakan Hajaratul Aswad di kota mekah

Umur 35 - Dianugerahkan gelaran Al-Amin

Umur 37 - Mengasingkan diri dgn bertahnud (pemusatan jiwa) di Gua Hirak

Umur 40 - Nabi mendapat wahyu pertama dan secara rasminya diangkat menjadi Rasul.


Perjalanan selepas diangkat menjadi Rasul Allah

Umur 40 - Mendapat wahyu yg pertama iaitu surah Al-Alaq (ayat 1-7). 3 tahun selepas itu turun wahyu yg seterusnya iaitu Surah Al-Qalam (ayat 1-7), surah Al-Muzammil (ayat 1-7), surah Al-Mudatsir (ayat 1-7) dan seterusnya surah Al-Fatihah (surah pertama yg diturunkan lengkap. Inilah surah yg dikenali sebagai ummul-kitab dan dikatakan sebagai perkataan yg berat dalam 73:5)

Umur 40-53 - Baginda menyampaikan wahyu secara senyap-senyap dan bersembunyi di rumah2 sahabatnya yg dikenali sebagai Abu Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam, seorang ahli perniagaan berpengaruh dari kalangan suku Makhzum. Wahyu yg diturunkan pada waktu ini dikenali sebagai surah makiyyah.

Umur 45 - mencari bantuan perlindungan dari Raja Habsyah yg beragama Nasrani kerana Nabi dan pengikut2nya ditindas oleh kaum musyrikin mekah. Umar Al-Khattab dan bapa saudaranya Hamzah masuk Islam.

Umur 50 - Tahun kesedihan bagi Nabi. Abu Talib dan Siti Khadijah wafat.

Umur 51 - Peristiwa Isra Mikraj. Nabi diperturunkan perintah solat dari Allah.

Umur 52 - Perjanjian Aqabah yg pertama. 13 org dari Yathrib bertemu Rasulullah di kota mekah utk masuk islam dan menyatakan janji setia (berbaiah) kepada Allah dan Rasulullah

Umur 53 - Nabi berhijrah ke Yathrib utk proklamasi kerajaan Islam yg dinamakan sebagai Madinah. Merangka dan melaksanakan undang-undang Piagam Madinah. Mendirikan masjid Quba sebagai tempat beribadah, bermesyuarat, berniaga, pentadbiran dsb. Wahyu yg diturunkan pada waktu ini dikenali sebagai surah madaniyyah.

Umur 55 - Perang Badar. Amr bin Hisyam (atau nama gelarannya Abu Jahal, ketua org musyrikin) mati dalam peperangan ini. Abu Sufyan ambil alih pemerintahan kota mekah.

Umur 56 - Perang Uhud
Umur 58 - Perang Khandak/Ahzab
Umur 58 - Kaum musyrikin kalah dalam perang Khandak. Perjanjian Hudaibiyah diadakan antara kaum muslimin dan kaum musyrikin bagi membolehkan umat islam mengerjakan haji di kaabah.

Umur 61 - Kaum musyrikin mekah memungkiri Perjanjian Hudaibiyah. Mekah diperangi dan ditakluki oleh kaum muslimin dalam peperangan yg dikenali sebagai peperangan Al-Fath. Abu Sufyan masuk islam. Syiar islam disebarkan ke seluruh dunia.

Siri-siri peperangan selepas Penaklukan kota Mekah

Umur 61 – Perang Mut’ah (Pembawa utusan, Harith b. Umair al-Azdi dibunuh oleh Raja Basrah, wakil Hercules)
Umur 61 – Perang Hunain (Puak Hawazin dan Thaqif menyerang Makkah bagi mengelakkan puak mereka diserang)
Umur 62 – Perang Tabuk (Raja Rom Hercules ingin menyerang Madinah mendengarkan siri kemenangan umat Islam dalam perang-perang sebelumnya)

Umur 63 - Nabi wafat kesan daripada diracun.

Semoga memberi manfaat. Yg baik datang dari Allah, yg buruk datang dari kelemahan diriku ini.
Terima kasih

Tidak ada komentar:

Posting Komentar